- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya
“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu
Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa
lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai
Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


